MYSELF, LIFE and FOOTBALL (^_^)
Blogged.my

Frenzie

Sunday, December 26, 2010

Kuiz KeIslaman Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum semua..(^_^)

huh..tengah2 malam post entry baru..heee...
saja je nak berkongsi cerita baru...

haa..kalau korang nak tahu, tahun depan bermula 1 Januari 2011 akan ada satu program yang berunsur kuiz..
bukan kuiz2 biasa tau..
kuiz kekeluargaan nie bagi pendapat aku memang dinanti-nantikan la..
Kuiz Keislaman Pertama di Malaysia..
kuiz berunsur kerohanian sebagai asas membina kekuatan dan jatidiri sesebuah keluarga
yang berjudul

Famili Sarjana

kuiz nie dianjurkan oleh pihak Astro Oasis..
diantara format yang digunakan umtuk kuiz nie adalah seperti dibawah..
aku amik dari Murai.com

Program Famili Sarjana merupakan sebuah rancangan kuiz yang menyaksikan dua buah keluarga akan bersaing setiap minggu untuk menjawab soalan-soalan keagamaan meliputi lima perkara yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, haji dan zakat.
Sebuah keluarga akan dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir. Sebagai pendorong, hadiah utama berbentuk pakej umrah ke Tanah Suci dengan tajaan penuh disediakan untuk seisi keluargayang bergelar juara.

Pengacara program Famili Sarjana: Imam Muda Taufik dan Rini

bagi aku..nie satu permulaan yang baik..
perbanyakan lagi program-program macam nie...
disamping menonton..kita dapat menambah ilmu mengenai Islam..kita juga mampu membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang selari dengan syariat Islam..

ini tidak..
program-program hiburan nyanyian yang bak kata orang.. bagai cendawan tumbuh selepas hujan...huh.

aku baru je lepas tertengok salah satu program tersebut,program nyanyian budak2 kecil..
tengok2 je dah final..
bila dah umum juara.. fuh..yang kalah pulak menangis kaw2 punya..
aku rasa..kalau budak tu dapat 8E exam..tak nangis macam tu kot..

nie lah masalah yang hiburan zaman sekarang..
cuba takde siapa yang anjur..confirm takde yang join..kan..
yang penganjur tahu..kalau buat program2 macam tu..confirm duit masuk lah..

so, korang sendirilah yang mampu mengubahnya..
tepuk dada tanya selera..

Sekian..

Sumber berita dari : www.murai.com

1 comment:

Hakim Zailan said...

kuiz2 macam ni la yang kita nak..