MYSELF, LIFE and FOOTBALL (^_^)
Blogged.my

Frenzie

Thursday, August 26, 2010

- headache -

Salam...(^_^)

lama jugak aku tak update blog nie..
nie semua pasal keje-keje yang melambak kat U.. 
emmm..kadang-kadang pikir..ape yang aku dah belajar sem nie?..
macam tak dapat input pape pon..
ye ar..manjang sibuk arrange event jer..
kne arrange meeting lagi..
aiihh...
sampai kadang2 dah malas nak pegi kelas..
minggu nie jer...aku dah ponteng dua kelas..
nie semua pasal letih coz tak tido..

busy yer pasal.. game EPL season nie pon aku jarang gila tengok..
lagi2 Man U yer game.. 
menang (dah 1) ke kalah (belum lagi)...seri pon..aku juz tengok livescore..
sedih siot..

next week.. dah start mid term yer test..
first time U aku buat mid term test serentak satu campus..
yang best yer..banyak sikit masa nak study..
n yang tak best..dah tak boley nak tau soalan bocor..haha..

OK..
alang-alang dah duk umah nie..
aku harap boleh la start nak study..(yekew?..fb jer ade la..grrr!!)..
haha..

k ar..frenz.. doakan kesuksessan aku dalam mid term test semester nie k..

(^_^)



Tuesday, August 17, 2010

Haram ke Halal @ Sah ke Tak Sah ???

Salam.

Dalam bulan puasa ni, kalau boleh kita semua mesti nak puasa penuh kan3 ??.. betul tak?..
tapi kalau masa kita tengah berpuasa, macam-macam penyakit yang datang camne?.. 
dan yang paling penting, apa korang nak buat?.. 

Apa yang nak aku highlight kan bila seseorang tu hidap penyakit lelah @ asthma...
korang rasa batal ke tak?..



aku dah pon survey macam-macam article, blog, mahupun video yang bagitau halal or haram kalau pesakit lelah hisap inhaler..
yang aku pening gila bila tak semua bagi jawapan yang sama.. emmmm.. konpius den!!!..
kt sni ak tunjukkan article, blog, n video yang aku tengok...

Dari zaharuddin.net

Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

link ke mengenai topik nie : 



selepas aku dah baca n tengok semua nie.. bagi aku pendapat Ustaz Asri lebih tepat dan munasabah dalam islam.. ( islam itu mudah dan tidak menyukarkan umatnya) ..
bagi pendapat korang??.. 

aku harap semua masalah ni akan jumpa cara penyelesaiannya.. (^_^)
bye..



Saturday, August 14, 2010

Glory Glory Man Utd

Salam..
Do you all think that Man Utd will win back EPL Title this season??
(already win one cup - community shield)
as a true Man Utd supporter, for sure that i want them to win this season. Yeahh!!


Haha, agak riak jugak entry aku yer. Saja bagi panas supporter lain,especially Liverpool's fans. Standard lagi la katakan....

Menjelang opening match season ni, aku nak share sikit pasal Man Utd punya senarai pemain untuk season nie..

2010/11 Barclays Premier League squad numbers




1. Van der Sar   2. Neville        3. Evra

 4. Hargreaves    5. Ferdinand      6. Brown 
 7. Owen          8. Anderson       9. Berbatov
10. Rooney       11. Giggs         12. Smalling 
13. Park         14. Chicharito    15. Vidic
16. Carrick      17. Nani          18. Scholes
20. Fabio        21. Rafael        22. O'Shea
23. J Evans      24. Fletcher      25. Valencia
26. Obertan      27. Macheda       28. Gibson
29. Kuszczak     30. De Laet       31. C Evans
35. Cleverley    40. Amos          42. Eikrem
44. Dudgeon      45. Gill.




will chicharito make an impact this season?

  • hope that we win the first match.... (^_^)


Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

(Abu Hurairah r.a)


Alhamdulillah.. selesai sudah aku bersahur untuk puasa pertama ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini juga adalah ramadhan pertama aku kt kampus BMI.
Sedang menunggu subuh, aku terigatkan kenangan-kenangan bersahur bersama keluarga dan teman-teman aku kat politeknik. Rindu pulak rasa yer kat dieorg nie. (^_^) ..

Teringat macam-macam kenangan serta kisah bersahur dengan member..  paling best bila semua bangun lambat..
nak masak air lagi..fuh.. kelam kabut semua..haha.. bila dah azan subuh sekali pon..ada member aku sorang nie cakap " relax2...azan tak habis lagi nie.."(sambil menguyah makanan). haha..kiteorg pon follow jela la dia.. sikit lagi nak habis azan baru pergi bilik air basuh mulut...heee...


Ramadhan kali nie..aku harap semua amalan kita diberkati dan segala dosa2 kita diampunkan oleh NYA..
pada rakan-rakan aku, aku harap korang semua puasa penuh yer.. bila dah ingatkan orang,aku pon mesti kena puasa penuh kan.. harap2 dapat la puasa penuh..

(^_^).. pada yang ada kelas..jangan tido je yek masa bulan puasa nie.. nanti tertinggal kelas pulak.. hee..