MYSELF, LIFE and FOOTBALL (^_^)
Blogged.my

Frenzie

Tuesday, August 17, 2010

Haram ke Halal @ Sah ke Tak Sah ???

Salam.

Dalam bulan puasa ni, kalau boleh kita semua mesti nak puasa penuh kan3 ??.. betul tak?..
tapi kalau masa kita tengah berpuasa, macam-macam penyakit yang datang camne?.. 
dan yang paling penting, apa korang nak buat?.. 

Apa yang nak aku highlight kan bila seseorang tu hidap penyakit lelah @ asthma...
korang rasa batal ke tak?..



aku dah pon survey macam-macam article, blog, mahupun video yang bagitau halal or haram kalau pesakit lelah hisap inhaler..
yang aku pening gila bila tak semua bagi jawapan yang sama.. emmmm.. konpius den!!!..
kt sni ak tunjukkan article, blog, n video yang aku tengok...

Dari zaharuddin.net

Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

link ke mengenai topik nie : 



selepas aku dah baca n tengok semua nie.. bagi aku pendapat Ustaz Asri lebih tepat dan munasabah dalam islam.. ( islam itu mudah dan tidak menyukarkan umatnya) ..
bagi pendapat korang??.. 

aku harap semua masalah ni akan jumpa cara penyelesaiannya.. (^_^)
bye..



2 comments:

Unknown said...

hmm.. aq pn rsa batal pose sbb ktanye 90% msk bdn... ala klu batal, ganti je la.. bkn susah.. pakai benda alah tu tuk bdn kte gak, klu x makin mudarat rite..

ajiem said...

mmg btul bleh gnti wan..
tpi klu hri2 kte mmg perlukn bnde tue cmne?..
stiap hri msti kne sdut...
xkn spnjg idup xnk pose.. emmm..
its hard right?..emm