MYSELF, LIFE and FOOTBALL (^_^)
Blogged.my

Frenzie

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia buleh..huhu | Part 5

Assalamualaikum semua..(^_^)

tahu ngak kita juara piala apa tadi malam..
(aik..kenapa aku cakap indon nie..hahahahaha..)..

nampak yer..nie adalah entry yang terakhir untuk pasukan kita pada edisi kali ini..
yang penting...

we're the CHAMPION OF AFF SUZUKI CUP..yeahhh!!!






our hero...

tak ada apa yang aku nak ucapkan lagi dah..
cuma..

TAHNIAH MALAYSIA!!!..

semoga kami ,rakyat Malaysia dapat melihat kejuaraan yang lebih banyak pada masa akan datang..
(^_^)


Monday, December 27, 2010

Malaysia buleh..huhu | Part 4

Assalamualaikum semua (^_^)

Syukur Alhamdulillah..semalam adalah hari yang mengembirakan bukan sahaja bagi aku..
malah seluruh rakyat Malaysia..

pasal pe yek?..
tak kan tak tahu kot...isyh..
heeee..

pasal nie la...


haa..
yeahh..Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia yang selama ini sangat angkuh di bumi mereka..

Segagah-gagah Garuda terbang, akhirnya mudah dibaham Harimau.

aku sebagai salah seorang penyokong yang menyaksikan perlawanan pada malam tu..
fuh..sangat berbangga dengan semangat anak2 muda..
mereka seperti tiada perasaan takut atau gentar dengan pihak lawan..
ini lah semangat yang rakyat Malaysia nanti nantikan..

disini aku tak nak la cerita mengenai corak permainan mereka..
kerana aku pasti ramai yang menyaksikan kehebatan mereka...

Sebagai rakyat Malaysia..
aku harap mereka dapat mengekalkan momentum persembahan mereka pada perlawanan sambungan yang bakal diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia..

disamping itu..aku nak selitkan gambar2 aku ketika berada di Stadium...huhu..
terbaik ar..!! Rugi oo sape tak pegi..(^_^)







Ribuan Peminat Bola Sepak Malaysia..

Rasa macam nak pegi Indon jer...haha..
tapi takut pulak...heee...

ALL THE BEST TO MALAYSIA FOOTBALL TEAM..!!!!

MALAYSIA BOLEH!!!

Sunday, December 26, 2010

Kuiz KeIslaman Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum semua..(^_^)

huh..tengah2 malam post entry baru..heee...
saja je nak berkongsi cerita baru...

haa..kalau korang nak tahu, tahun depan bermula 1 Januari 2011 akan ada satu program yang berunsur kuiz..
bukan kuiz2 biasa tau..
kuiz kekeluargaan nie bagi pendapat aku memang dinanti-nantikan la..
Kuiz Keislaman Pertama di Malaysia..
kuiz berunsur kerohanian sebagai asas membina kekuatan dan jatidiri sesebuah keluarga
yang berjudul

Famili Sarjana

kuiz nie dianjurkan oleh pihak Astro Oasis..
diantara format yang digunakan umtuk kuiz nie adalah seperti dibawah..
aku amik dari Murai.com

Program Famili Sarjana merupakan sebuah rancangan kuiz yang menyaksikan dua buah keluarga akan bersaing setiap minggu untuk menjawab soalan-soalan keagamaan meliputi lima perkara yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, haji dan zakat.
Sebuah keluarga akan dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir. Sebagai pendorong, hadiah utama berbentuk pakej umrah ke Tanah Suci dengan tajaan penuh disediakan untuk seisi keluargayang bergelar juara.

Pengacara program Famili Sarjana: Imam Muda Taufik dan Rini

bagi aku..nie satu permulaan yang baik..
perbanyakan lagi program-program macam nie...
disamping menonton..kita dapat menambah ilmu mengenai Islam..kita juga mampu membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang selari dengan syariat Islam..

ini tidak..
program-program hiburan nyanyian yang bak kata orang.. bagai cendawan tumbuh selepas hujan...huh.

aku baru je lepas tertengok salah satu program tersebut,program nyanyian budak2 kecil..
tengok2 je dah final..
bila dah umum juara.. fuh..yang kalah pulak menangis kaw2 punya..
aku rasa..kalau budak tu dapat 8E exam..tak nangis macam tu kot..

nie lah masalah yang hiburan zaman sekarang..
cuba takde siapa yang anjur..confirm takde yang join..kan..
yang penganjur tahu..kalau buat program2 macam tu..confirm duit masuk lah..

so, korang sendirilah yang mampu mengubahnya..
tepuk dada tanya selera..

Sekian..

Sumber berita dari : www.murai.com

Friday, December 24, 2010

Malaysia buleh..huhu | Part 3

Assalamualaikum semua (^_^)

huh, dah lama dah tak post entry pasal bola..
bukan pasal malas nak post pape..cuma takde berita terbaru pun..
yela..game Man Utd asyik postpone jer...huhu..

Ok2..
berbalik kepada tujuan asal...(^_^)
haaa..korang tahu tak Ahad nie ada apa?..
kalau korang rakyat Malaysia yang minat bola mesti tahu..heee..

Ahad nie ada.....


tiket telah pun mula dijual semalam..
dan aku salah seorang pembelinya...huhu..
nak tengok x?


Tiket bersama Mafla Malaysia yang baru dibeli..huhu..

Belakang Tiket..

Haaa..ape tunggu lagi kawan2.. moh le kite beramai2 ke Stadium malam ahad ni k..

Untuk pengetahuan korang..
Tiket VIP dah habis.. tinggal tiket open sahaja yang berharga RM30..
murah je..bukan selalu dapat tengok game pasukan Malaysia kan..

jadi..
BERI MEREKA SOKONGAN SEPENUHNYA!!!..(^_^)

yang penting, lupakan kekalahan pusingan awal..
dan buat yang terbaik!..

Kesebelasan utama pasukan Malaysia..

dan bagi penyokong dan yang lebih penting bagi semua rakyat Malaysia..
hayatilah kata-kata lagenda bola sepak kita..


" If you are ashamed to stand by your Colours,you better 

seek for another Flag " ~ Mokhtar Dahari ~

sekian..

MALAYSIA BOLEH!!!!

Thursday, December 23, 2010

I'm turn to 22 today..huhu

Assalamualaikum Semua (^_^)

Syukur Alhamdulillah...ke hadrat Allah S.W.T kerana aku masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini...
dan mampu untuk tulis entry baru nie...

Kalau mengikut Kalender Masihi..
Hari ni Hari Lahir aku...huhu..

yang ke -22..(^_^)



kalau ikut Kalender Islam..umur aku dah lama dah 22..hihi..

ermmm..leh tak aku doa@wish untuk diri aku sendiri..
tak pelik ker?..haha..
mestila boleh...kan3..

Aku berdoa semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa mendapat rahmat serta nikmat dari Allah S.W.T , berjaya dalam apa jua yang aku ceburi , berjaya dalam pelajaran, sentiasa dikelilingi sahabat2 yang baik, dan bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak..

Amin....

Haaa..korang mesti nak bagi aku hadiah kan3..
(heee..tak malu mintak orang..ceh..)

Kalau ada boleh la PM aku, nanti aku bagi alamat rumah...hik3...

tata..(^_^)

Wednesday, December 22, 2010

Pencarian Blogger Peramah 2011

Assalamualaikum semua (^_^)

huhu..hari aku kena tag lagi...kali nie dari Cik Mimie...huhu..
nak tahu tak..dia kata aku peramah siot...huhu..yeke..heee..segan i tau..hahaha..
thanks yer Cik Mimie..(^_^)

Ok..back to the tag..
Pencarian nie dijalankan oleh ahsfantasy24.com...
macam biasa la..mesti ada syarat yer kan3...
kalau korang nak tahu...
klik la kt bawah nie..


Ahsfantasy24 kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ashfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya akan menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai blogger yang peramah.

Aku tag dieorang nie...


haaa..korang yang kena tag nie..bagi aku korang dikategori kan peramah giler ar..kt blog aku nie yek..
thanks..(^_^)
yang sorang budak tu jer..Una..peramah...tapi garang..haha..

Tuesday, December 21, 2010

Janganlah kamu tersesat wahai sahabat...

Assalamualaikum semua (^_^)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rahmat, nikmat serta rezeki yang diberikan..
membolehkan kita bernafas, bergerak dan juga berblogging..(^_^)

Pada entry kali nie..aku nak beri sedikit peringatan dan juga nasihat pada sahabat2 blogger dan juga sahabat2 diluar sana..

Pada masa kini..
terlampau banyak dugaan serta cabaran yang perlu Islam tempuhi. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata dunia..
Paling merisaukan aku adalah mengenai masalah akidah para umat Islam masa kini..
dengan kemunculan pelbagai ajaran, ikutan atau apa sahaja yang jauh sama sekali dari ajaran Islam..

Yang terbaru adalah mengenai fahaman Syiah yang mula menapak di Malaysia..
dan pihak JAIS telah menangkap lebih 200 orang pengikutnya..
penangkapan dilakukan di Gombak..
(lebih merisaukan aku lagi adalah ia berdekatan dengan tempat aku belajar..)

Huraian mengenai fahaman ini boleh dilihat di link di bawah..

Selain itu..
Terdapat juga golongan manusia yang bagi aku terlebih bijak..
Mereka nie, pandai berhujah sambil menyelitkan fatwa2, hadis2 atau apa juga perkara yang membuat sesiapa yang kurang arif akan percaya..
Mereka sering mempersoal kan Islam...
(mengapa itu..mengapa ini...)
(Islam kan agama yang tidak memaksa..tapi kenapa tak boleh macam nie..)
dan sebagainya......

bagi aku..
janganlah terlampau mempersoalkan apa yang diperintahkan..
kerana Allah S.W.T itu Maha Mengetahui...
pasti apa sahaja perkara yang diperintahkan pasti tidak mendatangkan mudarat..
dan ingatlah..apa yang dilarang-NYA pasti mendatangkan kemudaratan kelak..


Kita memanglah digalakkan mengaji @ menuntut ilmu agama sebagai panduan hidup kita sendiri di masa ini serta masa hadapan..
Tetapi ingatlah, menuntut ilmu ini memerlukan guru @ pengajar yang betul2 arif mengenai apa yang diajarnyanya..yang paling penting berlandaskan Al-Quran dan Hadis..
Kita diberi akal oleh Allah S.W.T untuk menilai baik buruk dalam apa jua perkara yang kita mahu lakukan..
Jadi,gunakan lah ia sebaik-baiknya..

Pada yang mula ingin belajar..
Cari guru yang sesuai dengan apa yang korang mahu belajar..
Selidiklah dahulu guru korang..apa yang diajar..
Janganlah terus menerus mengikut dan memegang sekuat2 yer apa sahaja yang dipelajari tanpa berfikir..
Beritahu ibu bapa korang mengenainya..
Janganlah korang terikut cakap rakan2 korang tanpa berfikir...

dan INGATlah..
pegang sekuat2 yer Rukun Islam (5 perkara) serta Rukun Iman (6 perkara)
insyaallah akidah korang tak akan terpesong..

Itu sahajalah peringatan serata nasihat yang dapat aku berikan..
segala salah silap datangnya dari aku sendiri..dan baiknya datang dari Allah S.W.T..
mudah mudahan ini dapat membuka minda serta panduan kita bersama..

amin...




Monday, December 20, 2010

Susu naik 30sen!!!

Assalamualaikum semua (^_^)

akhirnya aku berjaya mempuat 3 post berturut2 tanpa menyentuh mengenai bola..
(nie semua pasal member blogger aku...Una)
dia telah 'sound' aku suruh buat post2 lain selain bola..
garang siot budak kecik nie..haha..
btw thanks.. kalau x pasal bdk kecik nie..aku post pasal bola jela.. bosan kan3..?..(^_^)

k..
kembali kepada tujuan sebenar..

Harga Susu akan naik 30sen menjelang Januari..
ini adalah harga bagi susu tin 400gm dan 500gm.. 
kata Federation of Sundry Goods Merchants Association president Lean Hing Chuan berdasarkan notis yang diterimanya dari pihak pembekal..



buat masa sekarang, harga susu diantara RM2.40 ke.RM3.20..

Seperti biasa,
harga minuman pasti akan naik pada tahun depan..
ini semua disebabkan reaksi berantai ekoran harga barangan lain turut naik..

berkemungkinan...harga segelas air akan bertambah 50sen..tapi ia masih dalam perbincangan..
kerana bimbang masalah kekurangan pelanggan pada masa akan datang..

reaksi seorang pengguna..
Una (bukan nama sebenar)..
"saya sebagai seorang pelajar..risau dengan kenaikan ini..kerana..apabila saya mula bekerja kelak..berapa harga barang pada masa tu..mungkin kah RM5.00 setin?..mmm"..

begitu la reaksinya..

aku pon sendiri beranggapan begitu..
macamana la bila aku mula kerja nanti..
emmmm...risau2..


Sumber berita dari - The Star Online





Sunday, December 19, 2010

Terlebih keyakinan diri,inilah akibat yer!!

Assalamualaikum semua (^_^)

di pagi ahad yang mulia nie..aku nak post something yang telah tarik perhatian aku..
Aku jumpa video nie dekat FB member aku..

korang cuba tengok dulu video nie..dan apa pendapat korang?

Tajuk dia...

It Gets Better in Malaysia:

Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"





bagi aku..
dia nie dah terlebih keyakinan diri sendiri...
sampai dah tak boleh terima nasihat, pendapat atau apa-apa pun dari orang lain..

Padahal dia sendiri mengaku..
Mengenai Bangsanya...malah Agamanya jugak..

Aku sendiri pun dah tak faham macamana la dia nie boleh sampai jadi macam nie..

Keyakinan diri tu..memang satu benda yang penting bagi seseorang individu..
tapi kita harus ingat..
kita nie manusia..
tidak sempurna..dan pasti akan melakukan kesilapan..
jadi..terima lah nasihat, pandangan @ pendapat dari pihak lain..
terutama dari orang yang lebih tua dari kita..
sebagai dorongan untuk kita menjadi insan yang lebih baik..
bukan sahaja di mata manusia..tapi yang lebih penting..
dari penglihatan pencipta kita..
Allah S.W.T..

Aku sebagai saudara seagama..
Berharap sangat la pada kawan-kawan aku..
jauhi lah perkara-perkara yang terlarang macam nie..k..

dan akhir sekali..
marilah kita sama-sama berdoa moga2..Allah memberinya hidayah..
supaya kembali ke pangkal jalan..
Amin...



Saturday, December 18, 2010

Ajiz dah kawen....huhu...

Assalamualaikum semua (^_^)

tanggal 18 Disember 2010..
rakan seperjuanganku di Politeknik Merlimau,Melaka...

MOHAMMAD AZIZ BIN KAMARUDDIN
(14DET06F018)

fuh siap ada no id poli lagi..haha...

Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru...
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...
(^_^)

terima kasih pada kawan-kawan yang sudi datang..
(macam kenduri kawen aku pulak..haha..)

Echa, Wan, Raja, Shahrul, Ijat, Nizam, Min DTK. Hafifi, Azuwan, Jai, dan Kaka...
best sangat dapat jumpa korang..
hopefully lepas nie..kita dapat berjumpa lagi...

Diantara gambar2 kita...






haaa...

lepas nie turn siapa pulak?..

jeng..jeng..jeng...hihi
(^_^)

Friday, December 17, 2010

Resul Exam + Result UCL Last 16

Assalamualaikum semua (^_^)

huhu..dalam pukul 5 lebih tadi akhirnya..penantian sepanjang waktu cuti aku terjawab..
aku dah dapat ckeck result...

sape2 yang tunggu pukul 6ptg baru nak check..alamat..tahun depan ar korang leh bukak..haha..

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah S.W.T atas rahmat, nikmat, serta rezeki yang diberikan..



result yang aku dapat semester lepas..agak bagus la.. tapi lagi bagus dua sem lepas yer result..hehe..

memandangkan sem lepas lebih banyak subjek teori dari mengira..so aku tak leh nak letak harapan tinggi sangat..
aku tak suka menghafal..kenapa yek?..mmmm..

patut yer..tu tak leh la nak dijadikan alasankan..
aku sendiri yang malas baca..padan la muka aku...kan3.. (^_^)

OK..
dah boleh buka buku baru dah sem depan..hopefully sem depan boleh improve sikit..
mudah mudahan..
amin...


k...result kedua..
result pasal bola la..pe lagi..hehe..
(mati aku kene boo kalau Una baca post nie..huhu)

aku just nak bagi tahu yang result untuk UCL Last 16 baru jer diketahui pada pukul 7 tadi..
dan yang paling penting..

Olympic Marseille VS Mancester United

huhu.. lawan yang bagi aku agak mudah..
tapi kita jangan pandang rendah ok..hihi..

Keputusan Lain..

ARSENAL vs BARCELONA

COPENHEGAN VS CHELSEA

LYON vs REAL MADRID

INTER MILAN vs BAYERN MUNICH

VALENCIA vs FC SCHALKE 04

AC MILAN vs TOTENHAM HOTSPUR






Sekian..Majulah sukan untuk negara..huhu.. (^_^)









Result oh Result...uish..

Assalamualaikum semua (^_^)

pada hari jumaat yang indah nie..
marila kita sama-sama bersyukur pada Allah S.W.T..atas limpah dan rahmat yang dikurniakan keatas kita..
alhamdulillah..syukur...

wah..baik lak ko ajim hari nie..huhu..

Hari nie juga adalah hari yang agak penting untuk aku...
nak tahu pasal pa?..

Exam Result nak kuar oit... cuaks...cuaks...



hari-hari aku check kat E-Citie..bila la nak umum...
tapi hampa..
lastly..member2 aku post kt FB semalam bagitau yang result nak kuar hari ni..huhu..

Pagi2 seperti biasa bangun lambat...
bajet malas nak bukak dulu...g solat jumaat la baru bukak...
t kalau dah tahu result sebelum solat..tak kusyuk pulak t..chewah..haha..

balik2 jer terus la bukak FB dulu..nak tengok post2 member..mana tahu ada yang dapat dean ke..pe ke ..
last2...aku tengok masing2 post..



The July 2010 semester results will be available at 6.00pm 17 December 2010. 

Sekian~



tapir tol..buat cuaks jer..

nampak yer terpaksa la aku tunggu pukul 6..
tu pon kalau rajin ar..kot2 hang E-Citie tu..confirm ar..huhu..

Hopefully aku dapat result yang terbaek sem nie..


amin....



Thursday, December 16, 2010

Malaysia buleh..huhu | Part 2

Assalamualaikum semua (^_^)

haaa.. amacam semalam?.. tengok tak Malaysia punya game?..
mesti korang tengok kan...
mana yang tak tengok tu..mesti tau score dia berapa.. ape? x tau jugak?..
haa.. ni la score semalam..

perhh..prediction aku betul la..heee...

aku nak review sikit game semalam..
dari segi kawalan bola.. Vietnam lebih bagus dari Malaysia..Midfield dieorang pon berjaya mengawal bola dengan baik..tetapi tiada penyudah dari striker dieorang..
Bagi Malaysia pula, semangat tak mudah menyerah kalah tu yang membolehkan dieorang berjaya pada malam tu.. dengan defender yang kental serta keeper yang cekap. Midfield Malaysia pula kurang kreatif dalam mencipta peluang gol.. tiada trough pass.. kurang permainan one two..
kedua2 gol yang dijaringkan pun disebabkan kesengalan keeper Vietnam..
dan Safee Sali berjaya mengambil peluang tersebut..

Dan malam semalam juga adalah malam terbaik aku menjadi seorang penyokong..
thanks to Ultras Malaya..yang mengetuai sorakan penyokong pada malam tu..


Ultras Malaya ni satu kelab penyokong pasukan Malaysia...
pada malam tu mereka berjaya mencipta suasana seperti penyokong2 Korea Jepun..
atau pon penyokong2 di EPL..dan kadang2 macam kt Argentina pon ada..huhu..

Dengan pelbagai alat muzik yang mengiringi sorakan..
dengan pelbagai lagu2 dinyanyikan..(lagu2 melayu taw..)
banner2 yang besar dipaparkan..
dan kami semua hanya duduk semasa rehat separuh masa..
dan berdiri sepanjang perlawanan..
fuhh..memang best...


ok..korang nak tengok gambar2 pada malam tu..
banyak gambar aku jela ..hihi...










huhu..amcam best x?.. haa.. jom ar pegi stadium pas nie.. best woo..

hopefully Malaysia akan kekalkan momentum nie bila bertandang ke Vietnam sabtu nie..
rasa cam nak g Vietnam je support..huhu..
tata..see u in part 3.. (^_^)
MALAYSIA BOLEH!!!


Wednesday, December 15, 2010

Malaysia buleh huhu...(^_^)

Assalamualaikum semua (^_^)

entry pasal bola lagi..huhu..
kali ni..local football pulak..
it's about our country..

MALAYSIA (^_^)

Malaysia akan berlawan Vietnam malam nie..pukul 8.30..
kat Stadium Bukit Jalil..
dalam peringkat separuh akhir..
PIALA AFF SUZUKI 2010


haa.. korang pergi tengok tak?..
jom ar.. kata rakyat Malaysia..support ar sikit..
walaupon lately nie..game dieorang agak hampeh..tapi kita kena sentiasa support our national team..kan3..
kesebelasan yang ada sekarang pon..ramai yang fresh lagi.. ade yang baru dapat first cap lagi..
aku rasa memang dieorang dah buat yang terbaik..

apa lagi..jom2..

aku siap dah beli tiket..
mau tengok..?

haaa..nie die tiket yer.. 

bukan sekadar tiket jer.. haa..
pagi tadi baru jer sampai jersey yang aku dengan abang2 aku order..huhu..
nak tengok?..

amacam?.. style x.. aku punya colour biru..huhu..

orait..semua dah complete..tinggal bendera je nak beli..huhu..

pe lagi frenz.. jom2..
kita kasi gegar Stadium Bukit Jalil malam nie..

hopefully our national team can win tonight..
and my prediction..

Malaysia 2 - Vietnam 0..

What's your prediction?..



Tuesday, December 14, 2010

Who's on top of the table right now?

Assalamualaikum semua (^_^)

korang dapat jawap tak soalan aku tu?
kalau tak dapat..sah2 korang support team lain..@ jeles dengan Man Utd..

haaa...
meh sini aku jawabkan..

Mancester United la..huhu..
pasal per?..

pasal nie ha.....



perlawanan yang agak menarik walaupun Berbatov tak main dan Arsenal yang menurunkan ramai pemain2 yang tak berapa terkenal.. yeke?.. keeper je kot..huhu.. keeper no 8 ak rasa..haha...
Kelincahan Samir Nasri mudah disekat oleh barisan pertahanan Man Utd..
tak dapat dia nak gentel macam previous game hari 2..sorry..
Arsenal mula bermain ganas dan hampir2 berlaku pergaduhan apabila Chamakh flying kick Evra..haha..
Malang menimpa Rooney bila tak dapat score penalti..relax bro.. we still believe in you..yeah!!

Rooney tersepak kuat pulak...huhu

Rafael terbaek.. xdpt der Nasri nak gentel2 pagi td...huhu

overall..
gama pagi tagi memang fight.. maybe Arsenal takde luck..


nice game ando... ko pnyer body kuat siot..abih sume ko langgar..haha

do you want to see who score the goal?..

This is it!! Park Ji-Sung..our hero..

do you want to see how?

so easy..emmm..

ok..that's all from me...

until we meet again at The Emirates (^_^)



Monday, December 13, 2010

Red Devil VS The Gunners

Assalamualaikum semua (^_^)

nampak yer..malam nie aku akan tido lewat lagi..
nak tau pasal per?..
pasal bola ler.. 
tak kan la pasal Mari Menari kot..ahaks..
ok2..

Perlawanan diantara pasukan teratas dalam EPL..

Mancester United VS Arsenal

Old Trafford - 4am


Man To Watch

Dimitar Berbatov (12 gol)

Samir Nasri (12 gol)

Can he score tonight?

Statistik antara dua pasukan nie..

Perlawanan - 160
Arsenal menang - 57
Man Utd menang - 65
Seri - 38

Fakta Menarik (^_^)

- perlawanan kali nie adalah perlawanan kali ke 43 antara SAF dengan Arsene Wenger. Ferguson telah memenangi 17 kali manakala Arsene Wenger 14 kali dan mereka seri sebanyak 11 kali.
- Man Utd tidak pernah kalah dalam 5 perlawanan terakhir menentang Arsenal dalam semua kejohanan, 4 kali menang dan seri sekali.
- Arsenal telah kalah 7 kali dari 9 kali perlawanan di Old Trafford 
- Wayne Rooney telah menjaringkan gol pertama EPL, gol pertama liga bersama Man Utd dan gol ke-100 EPL ketika berlawan Arsenal. Dia juga menjaringkan gol dalam dua perlawanan liga perdana menentang Arsenal musim lepas..

 
My Prediction

Man Utd 2 - Arsenal 1



What's your prediction ?