MYSELF, LIFE and FOOTBALL (^_^)
Blogged.my

Frenzie

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia buleh..huhu | Part 5

Assalamualaikum semua..(^_^)

tahu ngak kita juara piala apa tadi malam..
(aik..kenapa aku cakap indon nie..hahahahaha..)..

nampak yer..nie adalah entry yang terakhir untuk pasukan kita pada edisi kali ini..
yang penting...

we're the CHAMPION OF AFF SUZUKI CUP..yeahhh!!!






our hero...

tak ada apa yang aku nak ucapkan lagi dah..
cuma..

TAHNIAH MALAYSIA!!!..

semoga kami ,rakyat Malaysia dapat melihat kejuaraan yang lebih banyak pada masa akan datang..
(^_^)


Monday, December 27, 2010

Malaysia buleh..huhu | Part 4

Assalamualaikum semua (^_^)

Syukur Alhamdulillah..semalam adalah hari yang mengembirakan bukan sahaja bagi aku..
malah seluruh rakyat Malaysia..

pasal pe yek?..
tak kan tak tahu kot...isyh..
heeee..

pasal nie la...


haa..
yeahh..Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia yang selama ini sangat angkuh di bumi mereka..

Segagah-gagah Garuda terbang, akhirnya mudah dibaham Harimau.

aku sebagai salah seorang penyokong yang menyaksikan perlawanan pada malam tu..
fuh..sangat berbangga dengan semangat anak2 muda..
mereka seperti tiada perasaan takut atau gentar dengan pihak lawan..
ini lah semangat yang rakyat Malaysia nanti nantikan..

disini aku tak nak la cerita mengenai corak permainan mereka..
kerana aku pasti ramai yang menyaksikan kehebatan mereka...

Sebagai rakyat Malaysia..
aku harap mereka dapat mengekalkan momentum persembahan mereka pada perlawanan sambungan yang bakal diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia..

disamping itu..aku nak selitkan gambar2 aku ketika berada di Stadium...huhu..
terbaik ar..!! Rugi oo sape tak pegi..(^_^)







Ribuan Peminat Bola Sepak Malaysia..

Rasa macam nak pegi Indon jer...haha..
tapi takut pulak...heee...

ALL THE BEST TO MALAYSIA FOOTBALL TEAM..!!!!

MALAYSIA BOLEH!!!

Sunday, December 26, 2010

Kuiz KeIslaman Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum semua..(^_^)

huh..tengah2 malam post entry baru..heee...
saja je nak berkongsi cerita baru...

haa..kalau korang nak tahu, tahun depan bermula 1 Januari 2011 akan ada satu program yang berunsur kuiz..
bukan kuiz2 biasa tau..
kuiz kekeluargaan nie bagi pendapat aku memang dinanti-nantikan la..
Kuiz Keislaman Pertama di Malaysia..
kuiz berunsur kerohanian sebagai asas membina kekuatan dan jatidiri sesebuah keluarga
yang berjudul

Famili Sarjana

kuiz nie dianjurkan oleh pihak Astro Oasis..
diantara format yang digunakan umtuk kuiz nie adalah seperti dibawah..
aku amik dari Murai.com

Program Famili Sarjana merupakan sebuah rancangan kuiz yang menyaksikan dua buah keluarga akan bersaing setiap minggu untuk menjawab soalan-soalan keagamaan meliputi lima perkara yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, haji dan zakat.
Sebuah keluarga akan dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir. Sebagai pendorong, hadiah utama berbentuk pakej umrah ke Tanah Suci dengan tajaan penuh disediakan untuk seisi keluargayang bergelar juara.

Pengacara program Famili Sarjana: Imam Muda Taufik dan Rini

bagi aku..nie satu permulaan yang baik..
perbanyakan lagi program-program macam nie...
disamping menonton..kita dapat menambah ilmu mengenai Islam..kita juga mampu membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang selari dengan syariat Islam..

ini tidak..
program-program hiburan nyanyian yang bak kata orang.. bagai cendawan tumbuh selepas hujan...huh.

aku baru je lepas tertengok salah satu program tersebut,program nyanyian budak2 kecil..
tengok2 je dah final..
bila dah umum juara.. fuh..yang kalah pulak menangis kaw2 punya..
aku rasa..kalau budak tu dapat 8E exam..tak nangis macam tu kot..

nie lah masalah yang hiburan zaman sekarang..
cuba takde siapa yang anjur..confirm takde yang join..kan..
yang penganjur tahu..kalau buat program2 macam tu..confirm duit masuk lah..

so, korang sendirilah yang mampu mengubahnya..
tepuk dada tanya selera..

Sekian..

Sumber berita dari : www.murai.com

Friday, December 24, 2010

Malaysia buleh..huhu | Part 3

Assalamualaikum semua (^_^)

huh, dah lama dah tak post entry pasal bola..
bukan pasal malas nak post pape..cuma takde berita terbaru pun..
yela..game Man Utd asyik postpone jer...huhu..

Ok2..
berbalik kepada tujuan asal...(^_^)
haaa..korang tahu tak Ahad nie ada apa?..
kalau korang rakyat Malaysia yang minat bola mesti tahu..heee..

Ahad nie ada.....


tiket telah pun mula dijual semalam..
dan aku salah seorang pembelinya...huhu..
nak tengok x?


Tiket bersama Mafla Malaysia yang baru dibeli..huhu..

Belakang Tiket..

Haaa..ape tunggu lagi kawan2.. moh le kite beramai2 ke Stadium malam ahad ni k..

Untuk pengetahuan korang..
Tiket VIP dah habis.. tinggal tiket open sahaja yang berharga RM30..
murah je..bukan selalu dapat tengok game pasukan Malaysia kan..

jadi..
BERI MEREKA SOKONGAN SEPENUHNYA!!!..(^_^)

yang penting, lupakan kekalahan pusingan awal..
dan buat yang terbaik!..

Kesebelasan utama pasukan Malaysia..

dan bagi penyokong dan yang lebih penting bagi semua rakyat Malaysia..
hayatilah kata-kata lagenda bola sepak kita..


" If you are ashamed to stand by your Colours,you better 

seek for another Flag " ~ Mokhtar Dahari ~

sekian..

MALAYSIA BOLEH!!!!

Thursday, December 23, 2010

I'm turn to 22 today..huhu

Assalamualaikum Semua (^_^)

Syukur Alhamdulillah...ke hadrat Allah S.W.T kerana aku masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini...
dan mampu untuk tulis entry baru nie...

Kalau mengikut Kalender Masihi..
Hari ni Hari Lahir aku...huhu..

yang ke -22..(^_^)



kalau ikut Kalender Islam..umur aku dah lama dah 22..hihi..

ermmm..leh tak aku doa@wish untuk diri aku sendiri..
tak pelik ker?..haha..
mestila boleh...kan3..

Aku berdoa semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa mendapat rahmat serta nikmat dari Allah S.W.T , berjaya dalam apa jua yang aku ceburi , berjaya dalam pelajaran, sentiasa dikelilingi sahabat2 yang baik, dan bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak..

Amin....

Haaa..korang mesti nak bagi aku hadiah kan3..
(heee..tak malu mintak orang..ceh..)

Kalau ada boleh la PM aku, nanti aku bagi alamat rumah...hik3...

tata..(^_^)