MYSELF, LIFE and FOOTBALL (^_^)
Blogged.my

Frenzie

Tuesday, March 29, 2011

Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?

Salam (^_^)

lama betul tak update blog nie...
tengah demam2 nie la rajin nak update blog..heee

nie update pun bukan pasal bola yer..
nie pasal..

Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?
(How To Protect Your Vote From Being Traced?)


ok guys.. video nie dibuat untuk memberi pengetahuan pada kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai pengundi dalam Pilihanraya bahawa kita boleh melindungi undi kita dari dikesan oleh mana-mana pihak.

Untuk pengetahuan semua, undi kita sebenarnya boleh dikesan, maksudnya pihak2 tertentu boleh mengetahui parti mana yang kita pilih...

Terdapat dua cara yang membolehkan kita dikesan...

Pertama : Pada senarai pengundi : Terdapat satu senarai pengundi, dan pembantu pemilihan hanya perlu memotong nama anda dan TIDAK menulis sebarang kenyataan di senarai tersebut.

Kedua :  Pada Balot Paper @ Counterfoil : Anda akan diberikan Balot Paper oleh pembantu pemilihan, TANPA sebarang kenyataan di atas Balot Paper tersebut.

Jika anda dapat mengesan kedua2 cara diatas ketika anda ingin melakukan undian,  anda sebagai pengundi ada hak untuk membantah dan membuat aduan pada pegawai pemilihan.

Selain itu, terdapat juga pengundi HANTU dalam pilihanraya..

Pastikan anda periksa berulang kali nama anda dan pastikan nama anda telah digaris @ dipotong. Jika nama anda telah dipotong sebelum membuat undian, anda ada hak untuk membantah dan membuat aduan secepat mungkin.

Perkara2 ini nampak remeh di mata anda, tetapi ia sangat penting bagi masa depan negara kita. Jangan biarkan pihak2 tertentu begitu mudah memanipulasikan undi kita...

(Tahniah pada sesiapa yang terlibat dalam pembikinan video yang sangat bermanfaat)



p/s = Zainuddin Mydin tu roomate aku...haha (takde nama lain ke dia nie nak pakai..hehe)